Tiket ni aku dah beli lama dah. Masa ni AA tengah buat
promosi awal tahun.Banyak gak tempat yang aku survey, tapi yang kena ngan
tarikh aku nak travel hanya Jakarta jer. Disebabkan aku akan travel
sensorang,tiket yang murah dan dari aku tak grab tiket langsung akhirnya aku
beli gak tiket Jakarta ni.Return tiket hanyalah RM106 sahaja.
Aku akan pergi untuk 4 hari dan bilik untuk trip ni masih
belum difikirkan lagi. Rasanya mungkin akan tinggal disekitar manga dua jer kut.Apa
pun aku akan mintak pertolongan dari Mr Google nanti.
Ni bukan trip yang pertama aku ke Jakarta, yang ini yang ke
6 tak silap aku.Banyak juga tempat yang aku dah lawati,tapi time tu passion
untuk mengambil gambar belum ada.Jadi tak banyakla gambar yang aku ada.
Bezanya sebelum ini aku tak perlu pening fikir pasal bilik
kerana ada kawan yang bekerja disana tapi sekarang dia dah tak bekerja
disana.Bab pengankutan disana,aku tak risau sangat sebab midah dan murah. Yang
pastinya aku akan cari Teksi Bluebird sepanjang sana. Hanya teksi ini yang
boleh dipercayai oleh orang tempatan dan mengunakan argo.
Next entry aku cerita lak pasal hotel disana dan tempat2
yang aku nak lawati.
No comments:
Post a Comment