Monday, 9 April 2012

BANDUNG – TIKET


Cerita ni ,cerita lama.La ni baru ada kesempatan nak menulis.
Patutnya aku pergi Universal Studio untuk sambut tahun baru bersama seorang lagi rakan office. Tetapi apabila dicatu,timbang ,kilo,kati, akhirnya aku dan opis mate membuat pertukaran lokasi.Ini disebabkan tukaran matawang yang tinggi dan tidak berbaloi.Selepas membelek-belek web AirAsia ,aku terjumpa tiket nak ke Bandung yang pada aku harganya sangat murah dan padan dengan style travel budget aku.
Walaupun perjalanan terpaksa ditunda sehingga ke bulan February,bagi aku,ianya masih berbaloi.Harga perjalanan dari KL-BDG adalah sebanyak RM135 tetapi tiket balik pula adalah sangat mahal iaitu RM255.Time ni aku sangat kecewa dan tension.

Jadi,untuk mengubat kekecewaan,aku pun mencuba la mencari tiket dari JKT-KL pulak.Dan nyata pencarian aku adalah amat berbaloi-baloi.Tiket JKT-KL hanyalah RM 36.70!!!. Aku pun terus call member aku kat opis dan kasi tau.aku siap explain pasal transport nak pergi ke jakarta macam mana dan member aku pun setuju dengan trip ni.Hari tu jugak kami berbalas-balas email dan pada malamnya aku pun terus la book tiketnyer.Allhamdullillah.Berjaya juga aku grap tiket ni. Tidak termasuk luggage, harga tiket return adalah RM250 seorang.

No comments:

Post a Comment