Thursday, 3 May 2012

HATI YANG TIDAK TENTERAM

Apakah?
Kenaapkah?

Tuesday, 1 May 2012

BANDUNG – DAY 2 DVD & PASAR BARU..AGAIN!!!



Bangun pagi,gosok gigi ,mandi dan kami terus pergi breakfast.Memang makanan yang disediakan tak banyak piliha.Berbaloi la denga harga bilik yang dibayarkan.Yang disediakan hanyalah Nasi Goreng,bubur dan meehoon goreng,air kopi dan teh'o.Bagi aku ianya sudah memadai.

Agenda untuk hari ini adalah untuk ke Pasar Kembang untuk mencari DVD lanun.Mahu nangis ya melihat harganya.Dari hotel kami berjalan keluar untuk mendapatkan teksi.Kami terus menuju ke Pasar  Kembang.Pasar Kembang ini bersebelahan sahaja dengan Pasar Alun-alun.
Apabila sampai disini,kami terus mencari DVD yang dikehendaki.Sekeping DVD berharga IDR5,000 bersamaan RM1.70!!!Apa lagi,kesemua cerita korea yang belum dibeli di KL dibeli disini.Agak lama juga kami disini kerana memcari DVD yang dipesan orang.Banyak jugak la duit yang ditabur dekat sini.


Selepas selesai membeli DVD,kitorang mengambil peluang untuk berjalan-jalan dikawasan sekeliling.Pada waktu ni aku dah surrender.Member aku jer yang pergi membeli-belah.Setelah penat berjalan dan hari juga agak panas terik,aku pun pergi la ke kaunter MC D untuk membeli MC Flurry.Terkejut beruk aku harga MC Flurry nya selepas di convert hanya beharga RM 1.70 !!!!! OMG.
First aku beli untuk aku jer,lepas tu aku beli lagi sekali,tapi kali ni aku beli untuk kawan aku sekali.

Dari sini kami berjalan menyusuri kaki lima untuk sampai ke Pasar Baru.Tidak jauh pun.Target ke Pasar baru lagi kerana semalam kami tidak sempat mendapatkan kain batik untuk souvenir untuk ahli keluarga.Tanpa banyak fikir,aku terus pergi ke toko batik dan membeli 3 kodi kain batik. Setiap 1 kodi berharga IDR135,000 dan mempunyai 5 helai kain batik.Pada waktu  ni barulah terfikir samaada  jumlah prebook  luggage mencukupi atau tidak.Semasa menunggu taxi,sempat lagi kami membeli buat salak.Rasanya sangat manis compare dengan buah salak di KL.Selesai pembelian,kami balik semula ke hotel untuk menghantar barangan.

Setelah berbincang,kami decide untuk menambah jumlah prebook luggage disebabkan barangan yang dibeli makin bertambah.Kami terpaksa mecari cafe  yang mempunyai WIFI malangnya tidak berjumpa.Akhirnya kami pergi ker Paris Van Java Mall untuk melihat samaada terdapat cafe internet ataupun tidak.Nasib kami menang tidak baik.Tak jumpa langsung cyber cafe ya!!!Terpaksa la aku meminta bantuan dari kawan kat KL untuk membuat upgrade luggage.Dan Alhamdulillah ianya berjaya.





Sepatutunya pada malam tersebut kami dinner di Tokyo Station,disebabkan kami sudah pun berada di PVJ Mall dan ternampak pulak Man U cafe,,maka tempat pilihan untuk dinner pada malam tersebut adalah di Manchester United Cafe and Bar.Yum..makanan yang lazat dan murah ya.Tokyo Station kena postponed untuk malam berikutnya la nampaknya.Selepas habis makan,kitorang jalan-jalan dalam mall,camwhore sana sini,makan desert di J.Co samapai kena tapau sebab kekenyangan dan terus balik ke hotel.Pada waktu ni hujan dah start turun,terpaksa la kami menunggu taxi dalam hujan.

Sampai dihotel,selepas membuka pintu bilik,kami agak terkejut melihat 1 plastik besar berisi plastik bag shopping pada hari sebelumnya telah dilipat dengan kemas oleh pekerja hotel.WOW plastik nya  bukan sedikit ya,sangat banyak yer.Bersihkan diri,relax ,kemaskan luggage dan Zzzzz 

LANGKAWI LA PULAK...

Ni trip aku yang ke 6 rasenyer.Walaupun ke6,aku rasa ralat sangat sebab banyak gambar-gambar sebelum ni dah entah kemana.Aku rasa dalam hard disk cpu yg lama.Tapi cpu tu pun dah takder kat rumah aku dah.Kat Langkawi aku penah merasa duduk kat Awano Porto Malai,Aseania 2x,Mali Perdana,Nadias Inn.

Tempat perlancongan pun dah banyak gak yang dah dicover. Antaranya Pulau Payar,Tasik Dayang Bunting,Underworld,Crocodile Farm,Gunung Mat Cincang,Cable Car,7 Wells,Snake Farm,Mahsuri,Batik Factory.Camner boleh beki tiket ni??Alkisahnyer aku duk survey web AA semalam.Ditambah pulak member2 tempat kerja nak pergi ke langkawi pada penghujung bulan October ni. So aku pun sajer jer la pergi menjengok..last-last aku terjumpa ngan tiket ke Langkawi dengan harga return RM118.

Aku pun apa lagi,contact la kengkawan yang ada.Nasib aku baik.Adalah seorang hamba Allah yang baik ni ni nak follow aku sekali.Balik dari kerja semalam,aku terus proceed ngan booking dan Allhamdullillah tiket aku berjaya beli jugak.Pasal tempat penginapan aku tak pikir lagi,sekarang ni aku banyak duk fikir cam ne nak beli DSLR dulu.hehhehe


Monday, 9 April 2012

BANDUNG – DAY 1

psst psst kalu nak tau cam ner aku belli tiket murah, klik BANDUNG – TIKET
psst psst kalu nak tau cam ner aku dapat hotel budget klik  BANDUNG – HOTEL

Disebabkan perjalanan aku dari rumah bermula pada jam 3am,maka entri ni pun akan bermula dari awal pagi hingga kemalam. Aper yang aku nak kasi tau ialah,entri ni sangat panjang.Terima Kasih.
Aku mulakan entri ni dengan lagu ni dulu ya..layan..

Mengapa kau pergi,Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi,Menyendiri lagi

Di saat kau tinggalkan diriku pergi,Tak pernah ada yang menghiasi hariku

Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu,Datang dan temui aku,Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu,Aku inginkan dirimu,Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu,Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi,Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Semoga engkau kan mengerti,Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai,Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa,Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai,Akan indahnya cinta

Ok,aku bukannya fans untuk lagu ni ,tapi adalah kejadian kat Pasar Baru yang membuatkan aku boleh minat kat lagu ni.Nanti aku share.

Seawal 3am aku dah kuar dari rumah aku untuk ke Kampung Baru untuk pick up member aku.Aku cuak juga pada mulanya sebab,walaupun tempat yang aku tinggal ni bersebelahan dengan jalan utama,tetapi aku tak nampak 1 bijik teksi pun.Aku dah nervous ni.Belek contact nombor dalam BB aku,boleh tak der 1 pun nombor taxi.Setelah hampir 10 minit tunggu, baru la aku berjaya menahan taxi.Aku terpaksa pergi ke Kg Baru dulu sebab member aku ni tak biasa naik taxi memalam buta.Dia ni penakut sikit,jadi terpaksa la aku pick dia kat Kampung Baru. Dari Kampung Baru,kami menuju ke KL Sentral untuk mengambil SkyBus untuk pergi ke LCCT.
Dalam jam 4.45am gitu kami dah arrive kt LCCT.Walaupun 4.45am,tapi manusia yang ada kat dalam LCCT ni buat macam tak terasa  awal pagi.Ramai giler manusia.Kitorang terus pergi kaunter untuk drop bag.Untuk trip ke Bandung ni,aku ngan kawan aku bawak 2 bag seorang. 1 beg Deuter dan 1 lagi luggage.Lepas dah settle semua barula kami mencari tempat untuk breakfast.Selepas puas memusing,kitorang decide untuk pergi makan kat Marrybrown kerana itu jer tempat makan yang lengang sedikit dari manusia.

Selepas makan terus bergerak ke boarding gate.Masuk jer ker boarding gate,manusia semua dah beratur.Flight awal rupanya. Kami pun terus jer la berbaris.Tak sempat nak bergambar kat area tu.
Lepas hampir 2jam 30 minit, akhirnya ,kitorang pun sampai di bumi Bandung.
Dari bandara,kami membeli kupon taxi untuk sampai ke Progo Hotel.Harga kupon ini adalah IDR40,000.Perjalanan dari bendara ke Hotel hanya memakan masa selama 15minit.Dan jalannya tidak berapa sibuk pada ketika itu.Ketika sampai dihotel,aku hanya buat pengesahan bilik dan meletakan segala bag yang dan terus keluar dari hotel untuk pergi mencari breakfast.
Jalan menuju ke hotel..
Dekat FO ni la kami menikmati breakfast untuk hari pertama.Kami memilih makanan western.Harganya berserta air masih di bawah RM10.
Dari FO Stamp ini kitorang mengambil taxi untuk pergi ke Pasar Baru.Dan aktiviti menghabiskan duit pun bermula.Disebabkam masih awal,so kitorang berjalan-jalan diluar dahulu.



Dan kami pun terbeli gelang ni..

Kat kedai gelang ni kami disapa dengan pemuzik jalanan.Yang pertama tu aku memang tak layan pun,nyanyi lagu yang tak glamer dan tak sedap pun suaranya.Tapi pemuzik yang kedua tu memang best. Suaranya,lagunyer,petikan gitarnyer,pendek kata memang best la dia bawak lagu ni.Tapi bila aku ngan member aku toleh belakang,Ya Rabbi,macam tongkang pecah orangnyer!!
Disebabkan dia menyanyi dengan baik sekali aku pun tak der rasa ralat la nak kasi IDR2000 kat mamat ni.Lagu apa dia nyayi??Of course la lagu diatas ni..hihihihih.

Seterusnyer,baru la kami masuk kedalam Pasar Baru.Ambil perhatian ya,dalam pasar baru ni banyak sangat pencopek dan penjual air /souvenir yang sangat annyoying.So,jangan la korang nak bertanya harga pada dorang ni semua,dah la meletakkan harga yang tinggi,once korang tak beli mereka akan cari korang sampai korang beli. Ala-ala macam Petaling Street gitu.

Kedai pertama yang aku singgah adalah kedai Toko Laris. Sangat glamour yer toko ni di didalam Forum Cari.Tapi aku tak berminat nak beli banyak kat toko ni.Bagi aku,harganya mahal.Kat sini aku belikan 2 telekung yang kawan aku kirimkan.Setiap 1 berharga IDR150,000.Jalan punya jalan,punya jalan kat dalam pasar Baru ni,kami berhenti kat 1 toko yang menjual kain pasang.Di kedai nilah member aku terjebak dengan kata-kata manis si penjual kain.Banyak giler kain yang member aku borong.Time ni aku tak terlintas pun nak membeli kain kat toko ni.

Aku pun tergerak hati nak pergi ke toko dihadapan aku,kedai ni menjual telekung yang sebijik sama macam yang aku belikan untuk kawan aku tadi dan harganya hanyalah IDR100.000. Harga pecah telor katanya. Tapi aku lebih berkenan dengan telukung yang bersulam bunga rosella.Harga kat KL adalah RM250. Tapi kat kedai tu harganya IDR100,000!!! Tanpa pikir panjang terus jer aku membeli kat telekung kat kedai ni.Disini jugalah saya membeli telekung pesanan dari rakan-rakan yang lain.

Setelah habis membuat pembelian disini,aku bergerak menuju ke tingkat atas untuk membeli simcard yang baru.Disini,aku gunakan simcard XL.Dan disini jugalah aku membeli bedak Pixy dengan harga RM5.60(refil) sekotak.Tak der maknernyer nak beli sekotak jer kan.Maka berkotak-kotak la aku membeli.Agak lama juga kami di Pasar Baru ini.Sampai skip lunch lagi.Tidak terasa jam sudah menunjukkan 3.30pm.Pada waktu ini barulah kami beredar untuk menghantar hasil belian ke hotel.Nasib baik ada pekerja yang boleh tolong menghantar barangan ini sampai ke teksi.

Selepas penat bertarung di Pasar Baru,akhirnya kami sampai juga di Progo Hotel.Selesai urusan check in,kami terus dibawa kebilik.Bilik ni memang aku request nak duduk kat bahagian bawah sekali.Terbaca banyak review pasal hotel ni.Kateryer air presure sangat low,bilik tak bersih, dan tidak di sediakan lift.Kitorang tak pulak mengalami peristiwa macam ni semua.Bab lift jangan risau ya,proses memasukan lift sedang giat dijalankan.
Kitorang hanya relax dalam bilik sebelum bersiap-siap semula hendak keluar untuk berjalan dikawasan sekitar dan menikmati makan malam.Destinasi pertama adalah Heritage.Heritage ni bersambung dengan Cascade.Jadi kitorang spend masa yang agak lama ketika disini.Dan disini juga la kami menikmati makan malam diaatas bumbung.


Selesai makan malam kitorang berjalan kaki untuk balik ker hotel.Sampai hotel,relax jap,baring jap,barula member aku perasan yang dia tertinggal baju kat Cascade.Keluarla kami semula untuk pergi ker sana.Nasib baik walking distance jer.Kalau tak memang aku tak keluar la.Sampai disana,nasib baik bajunya masih disimpan.

Sewaktu balik kali ni baru aku perasan ada satu restoran namanya TOKYO STATION.Waktu siangnya sangat sunyi,tetapi pada waktu malam sangat ramai orang mengunjungi restoran ini.Restoran ini terletak berhadapan dengan hotel sahaja.Time tu jugak kitorang decide untuk menikmati makan malam disini pada keesokkannya.Hmm tengokla nanti ya
Balik hotel,rest mandi ,rebah badan atas katil,sakit kaki,senang hati,tak banyak cerita dah terus Zzzzz ...

BANDUNG – HOTEL

Hotel budget yang menjadi pilihan kami adalah Hotel Progo.Klik  SINI untuk info lanjut.Disebabkan aku dah pernah ada contact nombor pekerja hotel ini iaitu Pak Henry,jadi aku hanya emailkan kepada dia mengenai kekosongan bilik.Dan nasib menyelebahi aku apabila memang ada bilik kosong pada tarikh tersebut.
Harga bagi harga bilik deluxe untuk 3 malam adalah RM300 / 2 pax = RM150.Ya..RM150 seorang sahaja untuk bilik ini.Review mengenai bilik ni akan aku kongsikan dalam entri Bandung yang seterusnya ya.


Hotel ni terletak di Riau ya.Kawasan yang agak happenning pada waktu malam. Terdapat banyak juga FO yang hanya walking distance dari hotel progo ni.Antara FO terkenal yang terdapat dikawasan ini adalah Heritge,Cascade,Stamp,Oasis,Terminal Tas,Summit, dan macam-macal lagi la.Terdapat juga kedai photo iaitu Jonas Photo yang menjual pelbagai jenis photo frame.

BANDUNG – TIKET


Cerita ni ,cerita lama.La ni baru ada kesempatan nak menulis.
Patutnya aku pergi Universal Studio untuk sambut tahun baru bersama seorang lagi rakan office. Tetapi apabila dicatu,timbang ,kilo,kati, akhirnya aku dan opis mate membuat pertukaran lokasi.Ini disebabkan tukaran matawang yang tinggi dan tidak berbaloi.Selepas membelek-belek web AirAsia ,aku terjumpa tiket nak ke Bandung yang pada aku harganya sangat murah dan padan dengan style travel budget aku.
Walaupun perjalanan terpaksa ditunda sehingga ke bulan February,bagi aku,ianya masih berbaloi.Harga perjalanan dari KL-BDG adalah sebanyak RM135 tetapi tiket balik pula adalah sangat mahal iaitu RM255.Time ni aku sangat kecewa dan tension.

Jadi,untuk mengubat kekecewaan,aku pun mencuba la mencari tiket dari JKT-KL pulak.Dan nyata pencarian aku adalah amat berbaloi-baloi.Tiket JKT-KL hanyalah RM 36.70!!!. Aku pun terus call member aku kat opis dan kasi tau.aku siap explain pasal transport nak pergi ke jakarta macam mana dan member aku pun setuju dengan trip ni.Hari tu jugak kami berbalas-balas email dan pada malamnya aku pun terus la book tiketnyer.Allhamdullillah.Berjaya juga aku grap tiket ni. Tidak termasuk luggage, harga tiket return adalah RM250 seorang.

JAKARTA TRIP - LAGI LA LAMBAT DER...


Tiket ni aku dah beli lama dah. Masa ni AA tengah buat promosi awal tahun.Banyak gak tempat yang aku survey, tapi yang kena ngan tarikh aku nak travel hanya Jakarta jer. Disebabkan aku akan travel sensorang,tiket yang murah dan dari aku tak grab tiket langsung akhirnya aku beli gak tiket Jakarta ni.Return tiket hanyalah RM106 sahaja.



Aku akan pergi untuk 4 hari dan bilik untuk trip ni masih belum difikirkan lagi. Rasanya mungkin akan tinggal disekitar manga dua jer kut.Apa pun aku akan mintak pertolongan dari Mr Google nanti.
Ni bukan trip yang pertama aku ke Jakarta, yang ini yang ke 6 tak silap aku.Banyak juga tempat yang aku dah lawati,tapi time tu passion untuk mengambil gambar belum ada.Jadi tak banyakla gambar yang aku ada.

Bezanya sebelum ini aku tak perlu pening fikir pasal bilik kerana ada kawan yang bekerja disana tapi sekarang dia dah tak bekerja disana.Bab pengankutan disana,aku tak risau sangat sebab midah dan murah. Yang pastinya aku akan cari Teksi Bluebird sepanjang sana. Hanya teksi ini yang boleh dipercayai oleh orang tempatan dan mengunakan argo.

Next entry aku cerita lak pasal hotel disana dan tempat2 yang aku nak lawati.